Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL ajieb

Nama: razif
Umur: 26, Lelaki
Zodiac: Cancer
Status: Offline

Blog ajieb

Oops..sorryla. lupe nak bagi tau...masa lepas shooting ari tu ..ajieb kemalangan..tapi ajieb tak teruk..yang teruk kereta ajieb je..nasib baikla..tapi seram sejuk juga ajieb..almaklumla..lori yang langgar...anyway..kepada peminat yang ada anta sms tu thank alot..nanti kalo ada masa ajieb balas tau..tq
hai geng murai..dah lama tak berborak..maaflah kepada geng semua..ajieb sibuk ni la..oye..baru-baru ni ajieb pi shooting episod aksi murai..masa shooting tu ajieb kena naik kuda n buat hosting atas kuda..mula-mula tu seram juga.tapi akhirnya ajieb berjaya tunggang kuda...jurulatih tu siap ajak ajieb jadi anak murid dia lagi..tapiajieb sibuk..kalo ada masa ajiebmungkin turun lagi kot..sempena rayahaji ari tu ajib balik la kampung n berjumpa sanak-saudara..lama tak jumpa seronok juga. oops..sorryla..ajieb nak cepat ni..kalo korang nak tahu lebih lanjut antarlah mesej selalu..insyaAllah ajieb akan balas..ok wassalam

Haloo..geng.jumpa lagi.Ha...mesti sekarang semua dah tahu yang akhirnya Dafi yang cute tu dah berpengalaman jadi penjual ikan. Jangan tak percaya tau..semua tu bukan lakonan. Ajieb sebagai hos program aksi muraisaksi utama Dafi jadi penjual ikan. Tapi mesti korang semua tak tahukan...Sebenarnya sebelum Dafi dapat tahu dia kena jadi jual ikan...Dafi lebih dulu diberi kejutan.ala kejutan biasa je..yang penting memang muka dafi merah padam masa tu..

Semasa dafi diberitahu tugas itu, dia baru saja mengadakan rakaman cit cat raya 2007..Ketika itu, ajieb yang ditugaskan untuk beritahunya. Mulanya tak sampai hati nak bagi tau..takut dia tarik diri. Tapi selepas Dafi tahu..Dafi sporting. Dia teruja tapi mukanya ala-ala takut juga la.

Ketika kejutan tu dibuat, Dafi diberi kad raya besar dari peminat..masa terima kad itu, Dafi selamba baca terus tanpa syak itu adalah tugasannya. Tergelak besar dafi setelah mengetahui dia diperkena.okla..kat blog ajieb ni ada satu gamba masa dafi terima kejutan. Nak tahu lagi tengok la aksi murai..takde keje cari keje!

Halooo geng murai.Pekabo semua...sihat tak? Banyak keje..Dah baca artikel pasal paintball? Sebenarnya ajieb nak citer sikit pasal pengalaman mainpauntball ari tu...Hehehe.

Sebelum tu, ajieb nak la bagi tau..Dulu masa ajieb keje kat Berita Harian, Ajieb ada buat photo shot artis main paintball. Masa tu ajieb suruh la depa semua pose bagai nak rak.Sambil tu, artis tu pun main sekali. Tapi ajieb tak sempat main.

Nak dijadikan citer. Tak sangka selepas jadi editor kat murai.com.my ini, ajieb kena pula wakil main, Hehehe..mula-mula tu seram juga la..tapi lepas main, rasa gian nak main lagi. Oh ye..masa main tu nama team kita orang MIT Pirates. Kelas tak? mesti la kan!

Heheha..dengar nama mesti semua orang gerun kan. Tapi sebenarnya majoriti kumpulan kita orang semuanya first time. Boleh dikatakan budak baru belajar. Yang kelakarnya, team kita orang dapat no 3. Dah la, masa suku akhir kita orang kalahkan team paling kuat tau. Terduduk depa semua.

Apapun, kami bertuah, sebab artis yang jadi kumpulan kami ialah budak tinggi lampai tu...Agogo.Shawal. Tak sangka dia terer gile main paintball. Tapi kesian tau, memandangkan dia artis, dialah paling banyak jadi sasaran.

Ketika berehat makan tengahari, kami pun duduk borak. Tiba-tiba Shawal ngadu sakit. Dia poun tunjuk la kesan lebam kat belakang pinggang dia. Kesan lebam tu sebab dia kena tembak tadi. EE..ajieb tengok sakit giler. Pun begitu, Shawal tak kisah. Malah lebam tu jadi semangat untuk dia. Nape? Kalo tak percaya tengokla gambo dalam spotlight. Banyak bukti tau.

Apa? Selain Shawal. Ajieb pun kena tembak juga. Tapi sepanjang main ajieb sekali je kena tembak. Itu pun tak teruk sangat. Member dalam team semua geram dengan ajieb sebab baju ajieb bersih tanpa sebarang kesan tembakan. Cume kotor kena tanah lopak.

Apa lagi! Ajieb habis kena kerumun. dia orang semua kesat kesan peluru kat ajieb. Hehehea. Oh ye..nampaknya dah panjang lebar ajieb citer. Korang kalao nak tahu lagi masuk la kolum spotlight. Banyak gambar pasal event ni. Jangan luoe bagi komen tau.

Wsalam

halo geng, temu kembali..apa citer? Sihat tak korang semua..harap-harap sihat la ye..kalo tak sihat jangan lupe makan ubat..Oh ye! Mcm mana? Best tak murai.com.my..syokkan?

Semalam. saya baru je habis shooting Aksi Murai episod 2, penat tau..tapi best gile..seronok..Apapun, dalam seronok tu, kami pun sedih dan sebak..nak tahu kenapa?

Sebenarnya, semalam kami berkampung di Kompleks Penyanyang Bakti Sg Buloh..Kat sini, kami berjumpa warga emas yang tinggal disini..Sebab itulah banyak babak sedih berlaku...Paling class, Farhan yang terlibat dalam episod kali ini tewas kerana dia yang dikenali sebagai artis yang tiada emosi akhirnya menangis..

Farhan yang sebak dan pilu, tiba-tiba teringatkan orang tersayang...siapakah orang tu..ha! Kalo nak tahu, tontonlah Aksi Murai di Astro Ria setiap Isnin jam 9.30 malam..memang syok tau..Oh ye..sebelum terlupa..kalo anda semua mahu join Aksi Murai daftarlah segera dalam M-Klon...Sekarang ini, kami mahukan segera peminat fanatik Izwan Pilus...Siapa yang berjaya boleh masuk TV dengan Izwan..cepat tau..tarikh tutup 15 November ni..cepat tau...

Nanti kalo ada citer best lagi, kita borak-borak ye...

Haloooo, salam kenal-kenalan untuk geng murai..

Mcm mana life anda..ok tak...kalo sebut murai mesti semua ingat iklan raya..tapi kini tak lagi...semuanya mesti macam ni.....portal apa?Murai..apa..Murai..apa...murai...!!!!

Amacam dah habis surf murai.com.my..best tak? Mesti syok kan...hahahaha...anyway saya salah seorang krew kat murai ni....jangan lupa baca tau....hahahahaha..

Selain editor kat murai.com.my, saya juga adalah hos untuk rancangan realiti web pertama Aksi Murai...hahaha..apa tu...Sebenarnya rancangan ini adalah rancangan realiti yang mengumpulkan artis-artis popular tempatan dan juga peminat fanatik..tapi kami juga akan mengumpulkan klon-klon artis untuk bertanding dalam Aksi Murai..hmmm...Siapa artis musim ni?Siapa lagi kalo bukan Dafi, Farhan, Farawahida, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi...

Oh ye..kalo anda nak join Aksi Murai..cepat tau..masuk dan daftarkan diri dalam program M-Klon..

Ok la..sampai sini dulu borak-borak ngan ajieb..nanti kita borak lagi..yok surf yok....